September 13, 2010

Aidilfitri 1431H Part 1

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia.

yeah, Aidilfitri datang lagi. rumah atok menjadi sasaran keramaian  kami. seperti biasa, setiap kali hari raya ke-2, kami kesemua 12 keluarga akan berkumpul beramai-ramai dirumah atok kami yang tersayang di Air Tawar 3. dah namanya pon 12 keluarga, sesungguhnya keadaan kat rumah atok amatlah meriah dengan kehadiran cucu-cucunya yang seramai 45 orang itu. wahhh, ramai kan?? tapi, satu keluarga tak cukup, sebab cik jam beraya kat kampung mertuanya kat Perlis. so tinggal 11 keluarga sahaja. dan menjadikan bilangan cucu tinggal seramai 42 orang. 42 pon ramai lagi tu.

okay, raya tahun lepas kami semua dah undi warna tema untuk raya tahun ini. dan keputusannya adalah warna HIJAU! kesemua keluarga dikehendaki memakai pakaian mengikut tema. gambar-gambar di dalam part yang seterusnya okay.

;)
-posted by mye-

0 comments:

Post a Comment