Ibuk-ibuk bapak-bapak anak-anak semuanyaaaaa. Dengar sini ya. Inul bukan mau bergoyang, tapi Mye mau bercerita. Heee. Bergurau.
Keputusan PMR sudah keluar pada 23 Disember, Khamis yang lepas. Dan cucu-cucu atok yang mengambil bahagian telah mendapat keputusan yang cemerlang juga. Tahniah ya kepada Zalin, Akoi, Firdaus dan Syafiq. Empat orang kan yang ambik kalau tak silap. Usaha yang lebih keras lagi diperlukan untuk menghadapi SPM dua tahun akan datang. SPM penting untuk menempatkan korang pergi kemana selepas sekolah nanti. So better watch out. Cewahhhh.
Haa, tak lupa juga kepada Fahmi (si sepet) dan Najmi (si sepet juga) kerana telah menyelesaikan UPSR dengan jayanya. Nanti tahun depan dah masuk sekolah menengah. Kena berusaha bersungguh-sungguh dan jangan nakal-nakal lagi. Semua cucu atok semakin membesar.
Lagi satu budak-budak lepasan SPM ni. Danial dan Amirul. Kita tungguuuuu apa keputusannya ya.
Lastly, bagi mereka yang sedang belajar di universiti, matrikulasi, kolej, yang sudah bekerja, yang dah berkeluarga, GOOD LUCK!!
p/s: Sama-sama kita doakan supaya Cik Ogie dapat menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah dimana keputusannya akan keluar pada 15 Februari ini. Wahhh, ini perkara baik. Masih mempunyai semangat untuk menyambung pelajaran lagi. Anak-anak sedara perlu membuat perkara ini sebagai contoh. Semangat!!
-mye









































